CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 11, 2008

Frekuansi GPS



Terdapat beberapa frekuensi dalam spektrum elektromagnet GPS:


1) L1 (1575.42 MHz):

Membawa kod kasar-pemerolehan (coarse-acquisition) (C/A) yang boleh digunakan umum serta kod ketepatan (precision) P(Y) rahsia.


2) L2 (1227.60 MHz):

Biasanya cuma membawa kod P(Y). Kunci penyulitan kod ini dikawal ketat oleh kerajaan AS dan biasanya hanya diberikan kepada tentera. Kunci ini ditukar setiap hari. Bagaimanapun, beberapa pembuat penerima GPS atasan memajukan teknik menggunakan isyarat ini walaupun tanpa kunci (cara yang berbelit-belit) untuk menambahkan kejituan dan mengurangkan ralat lambatan ionosfera. Akibatnya, satelit IIR-M moden kini turut memancarkan isyarat awam yang disisipkan kepada isyarat ketenteraan pada L1 dan L2.


3) L3 (1381.05 MHz):

Membawa isyarat untuk fungsi lain GPS iaitu mengesan pelancaran peluru berpandu/roket (tambahan kepada satelit ketenteraan) dan letupan nuklear.


4) L4 (1841.40 MHz):

Dalam kajian untuk pembetulan ionosfera tambahan.


5) L5 (1176.45 MHz):

Dicadangkan untuk isyarat keselamatan jiwa (SoL). Frekuensi ini terletak dalam julat yang dilindungi antarabangsa untuk pandu arah penerbangan, menjanjikan tiada atau sedikit sahaja gangguan dalam semua keadaan. Satelit Blok IIF yang boleh menyediakan isyarat ini dijadualkan dilancarkan pada 2008.

0 comments: